Berapa kerap rambut perlu dicuci?

by | Jun 11, 2024 | Beauty

SUMMARY

SEMUA wanita mengidamkan memiliki mahkota yang cantik dan sihat walaupun bertudung. Namun, masih ramai yang keliru kaedah penjagaan rambut termasuk kekerapan cucian. Hingga kini, isu kekerapan mencuci rambut kekal menjadi persoalan dalam kalangan kaum hawa. Walaupun ada yang menyarankan antara satu hingga dua kali dalam seminggu, namun, hakikatnya tiada jawapan yang spesifik berhubung perkara tersebut.

 

Pakar estetik, Dr. Emma Diana Mohd. Salim menjelaskan jumlah cucian adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis dan keadaan rambut di samping kulit kepala. Beliau yang juga Pengarah Perubatan Millenium Clinic KL berkata, faktor-faktor lain yang mempengaruhi kadar kekerapan itu ialah gaya rambut dan gaya hidup seseorang termasuk bertudung atau aktif berenang.

“Jika bertudung dan sering berpeluh, mereka disarankan membasuh dengan lebih kerap atas sebab kebersihan.

“Untuk wanita yang aktif berenang, rambut perlu dicuci setiap kali terdedah kepada air klorin dalam kolam,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Lain pula bagi wanita Afrika yang berambut kering dan keriting kerana jumlah kekerapan bersyampu adalah lebih rendah untuk mengelak kerosakan atau patah. Ujar Emma Diana, situasi sama turut melibatkan golongan yang memiliki gaya rambut keriting, ikal dan lurus yang mungkin memilih untuk mengurangkan kekerapan cucian.

Begitupun, katanya, langkah itu bukan yang terbaik kerana berisiko mengundang jangkitan dan seborrhea.

“Bagi pesakit seborrheic, psoriasis dan tinea capitis, mereka mungkin memerlukan lebih kerap cucian rambut dalam seminggu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, rambut atau kulit kepala bermasalah boleh memberi kesan kepada wajah dan leher seseorang termasuk kulit bersisik, hipopigmentasi atau hiperpigmentasi. Lebih membimbangkan, ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria seperti jerawat.

 

Full articles

 

UtusanMalaysia

Click here for the full article.

 

 

 

Like this article? Share it!

0 Comments